Cerita ArtisHiburan

Octovia Manrose Berang Dituduh Mabuk, Bella Astillah Dakwa Ada Bukti

Pelakon Octavia Manrose meluahkan kemarahannya apabila dituduh mabuk dan keluar bersama Aliff Aziz di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur menerusi bukti yang didedahkan oleh isteri artis berkenaan iaitu Bella Astillah.

Menerusi Instagramnya, Octovia menegaskan dia tidak suka isteri pelakon dan penyanyi berkenaan mendedahkan dirinya dalam keadaan mabuk yang teruk tanpa bukti.

“What is the prove yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah, satu cawan air langsung tak pegang. Padahal orang yang sibuk jaga tepi kain orang ni lah yang dah mabuk tapi sibuk mengata pasal orang!! And one more thing, WE ARE NOT JUST BOTH OF US ada yang teman untuk mengelakkan fitnah.

“Saya tak suka orang buat tambah2 cerita macam ni. Jaga sikit muka. Alif dengan saya keluar sebagai kawan dan nothing serious between us. Tolong bagi bukti yang saya mabuk? Please guys!

“And to @bellaastillah saya tak suka u kecoh tunjuk orang yang saya mabuk teruk tanpa bukti, tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain pergi sikit pun saya tak peduli,” luahnya.

Sebelum ini, isteri Aliff Aziz itu memuat naik pendedahan mesej yang diterimanya daripada seseorang yang mengatakan anak kepada Iwan Dangdut itu pergi ke kelab malam bersama suaminya.

Malah, menerusi posting yang terbaru, Bella juga turut mempertikaikan pelakon itu yang pergi ke kelab malam pada pukul 3.00 pagi serta mempunya tiga video sebagai bukti.

Sebelum ini, Aliff pernah menimbulkan kontroversi apabila mengasari isterinya sewaktu keluar berdua-duaan bersama adik kepada Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Octovia Manrose & Bella Astillah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button