Cerita ArtisHiburan

Oja Rakam 28 Buah Lagu Raya Baharu, Cuba Dapat Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

Tidak dinafikan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Bagaimanapun, bagi penyanyi Oja, dia telah menggunakan masa yang terluang itu dengan menghasilkan sebanyak 28 buah lagu raya baharu.

“Apabila menyedari PKP terus disambung, tanpa berfikir panjang saya dan rakan-rakan terus mengumpul material lagu-lagu bersesuaian dengan tema raya dan tanpa disedari sebanyak 28 lagu baharu terkumpul.

“Kemudian saya terus mulakan langkah menyusun, merakam, menyanyi hinggalah proses adunan. Semuanya dilakukan secara kendiri di studio kami Tunable Record yang terletak di Danau Kota,” ujarnya.

Menurut Oja, penghasilan album yang mengandungi 28 buah ini turut mendapat sentuhan komposer lain seperti Norule, Amad, Am, Ismazarra dan rakan-rakan terdekat yang lain.

“Kini terbitlah secara rasmi album Oja Nostalgia Raya 2021 dengan 28 track lagu baru serta album bonus Mesra Raya yang diterbitkan oleh Tunable Record pada tahun 2017 yang menampilkan 13 buah lagu.

“Ini bermakna semuanya ada 41 lagu raya yang dijual dalam format peranti Thumbdrive istimewa yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad iaitu 500 salinan dengan harga hanya RM 50 ringgit sahaja,” ujarnya.  

Ketika ditanya mengapa lagu-lagu raya difokuskan, peserta Gegar Vaganza 7 (GV7) itu menyatakan Aidilfitri merupakan antara anugerah terindah yang harus diraikan semua orang dan ianya pasti mengembirakan. 

“Ia adalah nostalgia yang harus dikenang, biarpun tahun ini kita beraya dengan serba sederhana akibat kekangan PKPB .

“Album ini diterbitkan dalam pelbagai genre, banyak juga lagu-lagu rancak berentak asli dan moden, jadi tidaklah sedih sangat,” ujarnya.

Sementara itu, penerbit album ini iaitu Norule berkata, album ini juga akan diunjurkan kepada pihak The Malaysia Book Of Records dalam masa terdekat.

Jelasnya, ia bagi pengiktirafan penghasilan Lagu Raya Baharu Terbanyak yang dirakam dalam satu album yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau apa-apa kategori bersesuaian.

“Ia adalah sebagai kenangan atas kerja keras kami selama enam minggu menyiapkan album ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
4
+1
2
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button