Cerita ArtisHiburan

Oja Rakam Semula Lagu Bersamamu Sebagai Penghormatan Buat Allahyarham Siti Sarah

Pemergiaan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada Isnin lalu ternyata masih lagi dirasai ramai pihak, terutamanya rakan-rakan dalam industri hiburan.

Yang terbaru, finalis Gegar Vaganza 7 (GV7) iaitu Oja turut memberi penghormatan dengan merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah iaitu Bersamamu.

“Arwah adalah antara penyanyi yang saya hormati peribadinya dan saya begitu meminati nyanyiannya sejak awal pembabitannya dlm industri. Selain itu, saya kagum apabila melihat cara arwah mengurus keluarga terutama kepada suaminya..

“Apabila mendengar kehilangannya,saya dan keluarga sangat sedih dan rasa apa yang suaminya rasai. Selain mendoakan dan membacakan ayat Al-Quran untuk arwah, hati saya tergerak untuk memberi penghormatan dengan merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkannya dahulu,” ujarnya.

Merupakan lagu yang dipilih adik saudaranya iaitu Eka Caramelt & Queen, Oja memberitahu dia hanya mengambil masa selama dua hari sahaja untuk merakamkan semula lagu berkenaan.

“Hari pertama saya menyusun muzik asas, kemudian hari kedua saya menyiapkan muzik sepenuhnya dan seterusnya vokal dan adunan terakhir. Pada sebelah malam pula saya terus merakam video dan diedit oleh pekerja saya,” jelasnya.

Menurut Oja, biarpun tidak rapat dengan arwah dan Shuib, namun dia sentiasa mengikuti perkembangan pasangan berkenaan dan menyukai keperibadian mereka berdua.

Jelasnya, dia melihat arwah seorang individu yang sangat menghormati sesiapa sahaja serta suka menceriakan keadaan dan suasana.

“Apa yang paling utama adalah arwah adalah seorang isteri yang membahagiakan suami dan keluarga. Mereka berdua amat baik dijadikan contoh tauladan buat pasangan suami isteri yg lain,” ujarmya.

Muzik video lagu Bersamamu sudah boleh mula ditonton oleh orang ramai menerusi saluran YouTube Tunable Record Sdn. Bhd. – KopiPlanet.com


Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
2
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button