
Oksigen Tidak Stabil, Shuib Maklumkan Siti Sarah Telah Dimasukkan Ke ICU… Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan Diberi Kekuatan
Penyanyi popular Siti Sarah yang kini sedang mendapatkan rawatan di HUKM kini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan oksigen yang tidak stabil.
Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh Shuib menerusi satu perkongsian yang di Instagram miliknya.
“Assalammualaikum Salam Jumaat semua, pagi td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.
“SAYA MOHON DIHARI BAIK,HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA,AMIN,” tulisnya.
Pada Rabu lalu, Siti Sarah yang kini sedang sarat mengandung telah dikejarkan ke hospital berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Sebelum ini, Sarah dan Shuib serta anak-anak mereka telah disahkan positif Covid-19 dan mereka sekeluarga menjalani kuarantin di rumah. – KopiPlanet.com