FilemTerkini

Panggung Wayang Akan Mula Dibuka Mulai 9 September Ini Dengan Kapasiti 50 Peratus & Individu Lengkap Vaksin

Setelah hampir setahun ditutup, panggung wayang akhirnya akan dibuka mulai 9 September ini menerusi kelonggaran SOP Fasa 1 untuk industri kreatif.

Perkara perkenaan dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi satu kenyataan media pada hari ini.

“Mulai 9 September 2021, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN.

“Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam,” jelas beliau.

Selain panggung wayang terdapat beberapa lagi aktiviti seni yang turut dibenarkan seperti penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30% di ruang studio.

Antara yang turut dibenarkan adalah penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin, indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin serta persembahan di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin.

Begitu juga dengan aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30% di ruang premis dan aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara temu janji) dengan pengunjung yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30% di ruang premis.

“Keputusan ini adalah antara usaha-usaha berterusan kerajaan yang prihatin untuk merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif.

“Saya ingin menggesa semua pihak yang terlibat dalam pembukaan sektor ini supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara untuk beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober ini,” jelas beliau. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button