
Park Bo Young Akui Bertahun Sukakan Park Hyung Sik Dalam Diam
Baru-baru ini, pelakon wanita Park Bo Young, 29, telah mendedahkan bahawa mempunyai perasaan terhadap pelakon serta penyanyi Park Hyun sik.
Menurut temubual yang dijalankan, Bo Young mengakui dia telah lama tertarik kepada Hyun sik semenjak pertama kali lagi melihatnya muncul sebagai penyanyi berkumpulan ZE:A.
“Saya sentiasa memandang Hyun Sik dan dia merupakan idola saya dalam ZE:A. Sejujurnya saya tahu kesemua tajuk-tajuk lagu yang dinyanyikannya. Hyun sik secara peribadi pernah menyoal saya bagi menguji pengetahuan saya tentang lagu-lagu tersebut,” ujarnya.
Pelakon kecil molek ini turut memberitahu bahawa dirinya begitu teruja dan jantungnya berdegup kencang ketika berada di lokasi penggambaran bersama Hyun sik ketika pengambaran drama Strong Woman Do Bong So yang ditayangkan tahun lalu.
Dalam satu temubual lain bersama Hyun sik, dia turut mengakui mempunyai perasaan terhadap Bo Young terutamanya ketika sepanjang penggambaran drama tersebut berlangsung. -KopiPlanet.com