
Park Seo Joon Nafi Jalin Hubungan Dengan Park Min Young
Aktor Park Seo Joon menafikan khabar angin yang mendakwa dia kini menjalinkan hubungan dengan rakan gandingannya menerusi drama What’s Wrong With Secretary Kim, Park Min Young.
Menurut Seo Joon memetik kenyataan menerusi agensi pengurusannya, Awesome ENT, hubungannya dengan Min Young tidak lebih sebagai seorang rakan sekerja yang cukup disenanginya.
“Kami percaya gosip cinta di antara mereka timbul berikutan keserasian kedua-duanya yang cukup menjadi menerusi drama tersebut. Tapi hubungan mereka memang sekadar teman sekerja dan rakan satu industri sahaja,” kata jurucakap agensi tersebut.
Sementara itu, pihak pengurusan Min Young, Namoo Actors turut tampil menafikan dakwaan tersebut.
Sebelum ini gosip mengatakan kedua-duanya sudah menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap sejak tiga tahun lalu malah ada di kalangan peminat sudah memberikan jolokan nama Park-Park Couple kepada pasangan selebriti ini. – KopiPlanet.com