PopularViral

“Pasal Itu Aku Tidak Boleh Duduk Dengan Orang B40…” – Tidak Ada Komputer, Seorang Pelajar Dihina Pensyarah Ketika Kelas Online

Gara-gara tidak memiliki komputer, seorang pelajar semester lima di sebuah universiti tempatan telah dihina pensyarahnya yang bergelar profesor ketika kelas secara dalam talian.

Menerusi video berkenaan, antara kata-kata pensyarah tersebut adalah menyuruh kakak kepada pelajarnya itu supaya menggadaikan gelang emas untuk membelikannya komputer.

“Cakap pada kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu. Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik kerana kau tidak ada komputer.

“Lepas ni aku akan ajar kau Excel. Pasal itu kau akan jadi dropout student. Semester lima kau tak ada komputer. Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima je helai pakaian, tapi komputer is very important for me,” ujar pensyarah tersebut.

Selain itu, apa yang lebih menarik perhatian apabila pensyarah itu menyatakan tidak boleh duduk dengan golongan B40 dan mendakwa golongan berkenaan lebih memikikirkan perkara lain berbanding pelajaran.

Malah, video pensyarah berkenaan yang memarahi kini telah menjadi viral serta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
9

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button