Cerita ArtisHiburan

Patah Hati Dengan Aedy Hanya Gimik – Nabila Razali

Penyanyi Nabila Razali mengakui video menangis yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini adalah gimik semata-mata.

Menurutnya ia adalah sempena pelancaran muzik video single terbaharunya yang berjudul Pematah Hati.

“Video dan gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram dengan Aedy Ashraf adalah gimik semata-mata.

“Saya dan Aedy hanyalah bekerjasama untuk muzik video Pematah Hati.

“Aedy main peranan sangat penting dan profesional dengan kerjanya.

“Janganlah marah saya dan Aedy disebabkan perkara ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Nabila, 25, ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video Pematah Hati di Red Box Pavilion hari ini.

Sebelum ini Nabila ada memuat naik gambar mesranya bersama Aedy di media sosial sehingga mendapat puluhan ribu likes daripada peminatnya.

Dari situ peminat mula membuat andaian Nabila dan Aedy mempunyai hubungan istimewa.

“Mulanya saya hanya muat naik gambar dengan Aedy dan tak sangka peminat suka jadinya kami ‘play along’ sahaja.

“Saya sendiri pilih Aedy untuk gandingan dalam muzik video ini sebab Aedy ada ciri-ciri lelaki pematah hati (heart breaker) seperti muka nakal dan berambut panjang,” katanya lagi.

Sementara itu, Nabila berkata lagu Pematah Hati ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu membuatkan pendengar terhibur.

“Alhamdulilah boleh dikatakan Pematah Hati antara single saya yang mudah mendapat perhatian

an dimainkan di stesen-stesen radio dalam masa singkat.

 

 

 

“Maklum balas juga positif dan ramai yang dapat menghafal lirik tersebut berikutan rentak lagu yang catchy,” katanya. – KopiPlanet.com

 

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button