Pelakon Drama Balkisyh, Suami Dah Berpisah?
Rasanya dah agak lama Cik Kopi tak keluar dengan gosip-gosip panas. Almaklumlah, sejak kebelakangan ni agak sibuk sikit nak menguruskan hal ehwal rumah tangga.
Bercakap tentang rumah tangga ni, sebenarnya Cik Kopi ada satu kisah yang nak diceritakan. Beberapa hari lalu, Cik Kopi ada berwhat’s app dengan seorang kawan yang terkenal dengan mulut kepoh.
Masa sedang berwhat’s app tu, tiba-tiba dia hantar satu screenshot tentang satu status Facebook suami kepada seorang pelakon yang popular menerusi drama Mak Cun. Siapa lagi kalau bukan Balkisyh Semundur Khan.
Dalam status tersebut, suami Balkisyh yang dikenali sebagai Aizad Rosli yang setahu Cik Kopi merupakan pekerja belakang tabir ada muat naik satu status yang mengatakan dirinya sudah selesai sebagai suami selama 10 tahun dan kini single.
Hmmm… entahlah, Cik Kopi sendiri pun tak tahu nak pastikan sama ada betul atau tidak tentang status hubungan Balkisyh dan suami. Hanya kedua-duanya yang boleh menjawab persoalan ni, sama ada mereka masih bersama atau tidak.
Sebenarnya, Cik Kopi tak terkejut sangat tentang cerita mereka ni. Lagipun sejak dari tahun lepas lagi dah kedengaran yang kedua-duanya mahu berpisah, namun telah dinafikan sendiri oleh Balkisyh.
Apa yang Cik Kopi harapkan agar mereka masih lagi bersama sebagai pasangan suami isteri. Lagipun kesian juga kepada anak-anak yang sedang membesar sekarang ni.
Cik Kopi: Perlu ke kahwin pun nak sorok-sorok. Peninglah!!!