AntarabangsaHollywood

Pelakon Glee Luah Rasa Sedih Mark Salling Bunuh Diri

Pelakon siri Glee meluahkan perasaan sedih mereka di atas kematian rakan mereka, Mark Salling yang dilapor bunuh diri di sebuah lokasi pedalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.

Mark yang melakonkan watak Noah Puckerman menerusi siri popular itu ditemui mati tergantung di atas pokok selepas kehilangannya disedari ahli keluarga.

Antara yang bersimpati dengan kematian aktor berusia 35 tahun itu ialah Matthew Morrison yang memuat naik gambarnya bersama mendiang serta Cory Monteith yang telah meninggal dunia akibat pemgambilan barang terlarang melebihi dos pada 2013.

Jane Lynch pula menulis dia sangat sukar untuk menerima berita kematian Mark yang disifatkannya individu yang paling ceria sepanjang mereka berada di lokasi penggambaran Glee.

Mark dipercayai mengambil keputusan nekad itu akibat penyakit kemurungan selepas dia didakwa memiliki lebih 50,000 gambar pornografi kanak-kanak di dalam komputer peribadinya.

Sepatutnya kes melibatkan aktor itu akan disebut semula pada 7 Mac ini yang mana sekiranya disabitkan kesalahan, dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama 20 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button