Cerita ArtisHiburan

Pelakon Komedi Terkenal Rama Meninggal Dunia Setelah Alami Bengkak Kaki

Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi insan seni apabila pelakon komedi Ramassuntran Rengan atau Rama telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Malaysia) menerusi Instagram.

“Hari ni Ramassuntran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kpd semua sahabat2. salam takziah buat isterinya Kamala dan keluarga. Goodbye Rama, you may rest now..

“Telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur antara jam 2.00-2.30 pagi tadi. Beliau mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi -12.30 pagi. Sejam kemudian doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada (beliau mempunyai sejarah masalah jantung),” ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Rama merupakan antara pelawak berbangsa India yang cukup dikenali dalam kalangan penonton drama dan sitkom Melayu.

Antara rancangan sitkom yang pernah dilakonkan mendiang adalah Jangan Ketawa yang cukup popular sekitar tahun 90-an. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button