AntarabangsaBollywood

Pelakon Veteran Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Pelakon veteran Bollywood, Shashi Kapoor meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Shashi yang pernah membintangi filem popular Deewar dan Kabhie Kabhie ini sering tidak sihat dan hospital menjadi rumah keduanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Aktor itu meninggal dunia pada malam Isnin di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani yang terletak di Mumbai.

Anak saudara Shashi, Randhir Kapoor mengesahkan kematian tersebut, “Pak cik saya sudah meninggal dunia. Dia menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang dan sudah melakukan dialisis sejak beberapa tahun lalu.”

Majlis pengebumian mendiang akan diadakan pada pagi Selasa.

Sashi berkahwin dengan pelakon Inggeris, Jennifer Kendal di Mumbai pada tahun 1978.

Mendiang memulakan karier seninya sejak zaman kanak-kanak dan pernah membintangi lebih daripada 150 buah filem termasuk beberapa filem Inggeris.

Pada 2015, mendiang dianugerahkan trofi tertinggi perfileman India, Dada Saheb Phalke Award bagi mengiktiraf sumbangannya dalam bidang seni. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button