
Pemain Drum Alif & The Locos Turut Disahkan Positif Covid-19
Pemain drum kumpulan Alif & The Locos yang dikenali sebagai Rajwan merupakan individu terbaru yang disahkan telah positif Covid-19.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Rajwan menerusi Instagram miliknya.
“Salam teman-teman semua.. Buat pengetahuan semua, semalam pada 23hb saya telah membuat swab test kali kedua.
“Dan pada pagi tadi (semalam) pihak hospital telah mengesahkan say positive Covid-19… Saya memohon doa dari teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi Alif Satar telah disahkan positif Covid-19 dan dia bersama kumpulan The Locos turut membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Jumaat lalu.
Sementara itu, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad turut mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan Rajwan adalah pemuzik untuk rancangannya iaitu The Sherry Show. – KopiPlanet.com