Cerita ArtisHiburan

Pembantu Peribadi Songlap Duit RM15,000, Fify Azmi Buat Laporan Polis

Pelakon popular Fify Azmi telah membuat satu laporan polis terhadap pembantu peribadinya yang didakwa telah mengambil duitnya sebanyak RM15,000 tanpa pengetahuannya.

Berkongsi mengenai perkara berkenaan di Instagram, Fify menyatakan ia ada wang bayaran untuk lakonannya dalam projek drama bersiri bertajuk Special Force Anarchy.

“Pada bulan Mac saya dihubungi oleh pihak Skop Production Sdn. Bhd mengenai satu projek bertajuk Special Force Anarchy arahan Syafiq Yusof. Saya ditawarkan satu watak dalam drama bersiri tersebut.

“Semua urusan penggambaran dan juga bayaran diuruskan oleh PA saya yang bernama Siti Norawati Binti Mohamed Nor,” ujarnya.

Fify berkata, sepatutnya semua bayaran yang dibuat oleh pihak Skop Production perlu dimasukkan terus ke akaun peribadi miliknya.

Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan PAnya itu telah menghubungi Skop Production dan meminta mereka membuat pembayaran ke akaun milik PAnya dan sehingga kini dia masih belum mendapat wang miliknya itu.

“Where is my MONEY !!? Guys, this is so not me but i had no choice. Doesnt mean fy berlembut, kak nora boleh pijak kepala Fy.

“Fy kerja siang malam, tak cukup tido pastu kak nora boleh amik duit saya cam tu je. Korang becareful okay this is so not cool,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button