Cerita ArtisHiburan

Pembantu Rumah Emma Maembong Hilangkan Diri, Tinggalkan Bayi Di Ruang Tamu

Pelakon Emma Maembong mendedahkan pembantu rumahnya telah menghilangkan diri setelah kali terakhir dikatakan membuang sampah.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh pelakon berkenaan menerusi Instagram miliknya.

“Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah.

“Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah. Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact,” tulisnya.

Ujarnya, dia bertujuan menaikkan posting berkenaan adalah untuk memberi peringatan pada semua untuk berhati-hati.

“Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa.

“Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura-pura baik dengan kita,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Emma Maembong

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
3
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button