
Peminat K-Pop Teruja Pharrell Williams ‘Follow’ Twitter BTS
Selepas berjaya menggenggam trofi Top Social Artist di Anugerah Muzik Billboard 2018 (Billboard Music Awards 2018), kumpulan K-Pop yang mencipta fenomena di Amerika Syarikat semakin terus menyinar di bumi Uncle Sam itu.
Terbaharu, rapper popular, Pharrell Williams dilihat mengikuti laman Twitter rasmi BTS sekali gus membuatkan peminat setia kumpulan itu teruja dengan perkhabaran tersebut.
Peminat juga mengharapkan selepas ini Pharrell akan bekerjasama mencipta lagu dengan BTS yang dianggotai tujuh ahli iaitu V, Jungkook, Jimin, Suga, Jin, RM dan J-Hope.
Dalam majlis anugerah yang berlangsung semalam, BTS menghiburkan penonton yang rata-ratanya dihadiri pemuzik ternama Amerika Syarikat dengan lagu terbaharu mereka berjudul Fake Love.
BTS bukan sahaja dikagumi Pharrell sebaliknya sebelum ini tujuh selebriti ini pernah menunjukkan keterujaan mereka bertemu dengan BTS.
Antaranya seperti, kumpulan The Chainsmokers, Hasley, Ansel Elgort, Wale, Charli XCX, Camila Cabello dan Steve Aoki. – KopiPlanet.com