
Peminat Nampak Di Genting Highlands, Shaheizy Sam Ingkar Arahan Kuarantin 14 Hari?
Semua sedia maklum, pelakon Shaheizy Sam terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah setelah dia membantu kempen abang iparnya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menerusi Pilihan Raya Negeri Sabah pada akhir bulan lalu.
Dikhabarkan selepas tiba di ibu kota, Sam telah menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur seperti mana yang dimaklumkan isterinya, Syatilla Melvin di laman Instagram.
Malah, menerusi Instagram Syatilla juga, suaminya itu telah pun selesai menjalani kuarintin pada 13 Oktober lalu.
Namun begitu, lain pula ceritanya apabila ada segelintir yang mendakwa ternampak kelibat Sam dan Syatilla bersama rakan sedang menikmati hidangan sebuah restoran popular di Genting Highlands pada 3 Oktober lalu.
Jika diikutkan pada tarikh itu, Sam sepatutnya masih lagi berada dalam tempoh kuarantin 14 hari seperti mana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. – KopiPlanet.com