
Peminat Teruja Fazura Kongsi Gambar Nur Fatima Aisya Di Instagram
Setelah lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Nur Fazura Sharifuddin akhirnya mendedahkan wajah puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di laman Instagramnya.
Walaupun tidak berkongsikan sepenuhnya wajah Fatima, namun rata-rata pengikut selebriti cantik itu cukup teruja dengan perkongsian foto tersebut.
“Finally Fatima tunjuk muka, sipi-sipi pun fans happy.. so cute.. pretty mummy too,” tulis @creamyorcrispy.
“Hello baby Fatima, nice to meet you sayang. Olooo sho cuteee,” tulis @misscrunchyfulffy9.

Malah tak kurang juga ada yang meminta Fazura agar berkongsikan wajah penuh Fatima selepas ini, “Nak tengok muka baby Fatima,” tulis @nyza158.
Fatima dilahirkan pada tanggal 2 Oktober lalu. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas menjalinkan hubungan ketika bersama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinderella. – KopiPlanet.com