AntarabangsaHollywood

Peminat Teruja Tengok Shawn Mendes Hanya Berseluar Dalam

Laman Instagram penyanyi Shawn Mendes dipenuhi pelbagai komen dan emoji menunjukkan keterujaan peminatnya terhadap beberapa gambar yang dimuat naik Shawn memaparkannya hanya memakai seluar dalam jenama Calvin Klein.

Shawn merupakan selebriti terbaharu yang dipilih membintangi kempen iklan jenama popular itu selepas Justin Bieber dan Mark Wahlberg.

Penyanyi In My Blood itu bersandar di dapur sambil menggayakan celana dalam berwarna putih. Selain itu, Shawn, 21, turut berkongsi gambarnya memakai seluar dalam rona hitam yang menunjukkan tubuh ‘six pack’nya yang cukup sempurna.

 

View this post on Instagram

 

@CalvinKlein #MyCalvins. Campaign coming this week.

A post shared by Shawn Mendes (@shawnmendes) on

Ternyata foto yang dimuat naik itu telah menerima lebih daripada tujuh juta tanda suka daripada pengikutnya di seluruh dunia.

Rakan artis seperti Charlie Puth tidak ketinggalan mengusik foto Shawn dengan menulis, “Hahaha! Oooh s–t!!” Sementara itu, rapper Hoodie Allen turut mengusik, “padam gambar ini sebelum teman wanita saya melihatnya”. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button