Cerita ArtisHiburan

Penangan Fika, Zahirah Macwilson Jadi Penasihat Kisah Cinta Peminat

Penangan drama lakonannya, Jangan Benci Cintaku yang mendapat perhatian ramai, pelakon Zahirah Macwilson mengakui laman Instagramnya kini sering dihujani pertanyaan daripada peminat.

Menurut Zahirah ,23, ramai peminat meminta nasihat dan pendapatnya berhubung kisah cinta mereka gara-gara terkesan dengan watak Fika yang dibawakannya menerusi drama tersebut.

“Alhamdulillah drama ini mendapat respons yang sangat bagus daripada penonton. Saya memang langsung tidak menyangka sambutannya yang sebegini rupa. Disebabkan watak Fika, sekarang ramai peminat ‘direct message’ (DM) tanya pendapat saya tentang masalah hubungan cinta dan rumah tangga mereka.

“Saya memang baca satu-satu mesej yang dihantar dan balas mana yang saya boleh. Apa yang boleh saya nasihatkan mereka ialah supaya kuat dalam berhadapan segala dugaan hidup sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Zahirah ditemui sewaktu majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah, Meeracle di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut aktres tinggi lampai ini, dia tidak pernah berasa rimas dengan segala pertanyaan daripada peminat sebaliknya gembira apabila mereka dapat menerima lakonannya dengan baik.

“Saya gembira baca respons mereka yang suka dengan lakonan saya biarpun saya baru tiga tahun terlibat dalam industri hiburan. Saya tak rasa pun ini tahun saya (untuk menyinar).

“Rasanya penonton terkesan dengan lakonan saya mungkin disebabkan tiada komitmen lain selain berlakon. Jadi, saya boleh beri 100 peratus fokus kepada setiap naskhah lakonan yang dijayakan,” katanya lagi.

Digandingkan dengan Saharul Ridzwan, Zahirah berkata dia langsung tidak kekok biarpun rakan gandingannya itu memegang status sebagai suami orang.

“Tidak kekok berlakon dengan suami orang rapi kena tahu batas-batas yang perlu dijaga dalam lakonan. Dalam drama ini pun kami tidak bersentuhan sebab menghormati prinsip Saharul (yang tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita),” ujarnya lagi.

Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan di slot Akasia TV3 mengisahkan tentang hubungan suami isteri di antara Fika dan Shah yang diganggu dengan kehadiran insan ketiga, Husna.

Drama arahan Pali Yahya itu turut dilakonkan oleh Niena Baharun, Azizah Mahzan, Catriona Ross, Luqman Hafidz dan Amelia Henderson. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button