HiburanSelebriti

Penat Asyik Kena Kecam, Shahida Doa Agar Aliff Syukri Berhenti Rakam Lagu Raya

Umum mengetahui bahawa usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri setiap tahun akan merakamkan lagu raya sehingga mendapat kecaman ramai.

Menerusi satu perkongsian video Instagram, isteri beliau iaitu Datin Seri Shahida mendoakan agar suaminya itu tidak lagi merakamkan lagu-lagu raya pada masa akan datang. 

“Saya bukan doa main main ye. Memang saya doa betul betul dengan penuh ikhlas dan penuh kyusuk agar penyanyi no 2 Malaysia @aliffsyukriterlajaklaris tidak akan keluar kan lagi lagu raya tahun depan. 

“Penat lah asyik kena kecam masa bulan puasa. Kita ni nak fokus ibadah bulan puasa tapi bila dia buat lagu raya terganggu jugak lah fokus kita ni. Semoga apa yang saya hajatkan ini dimakbulkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang memberikan komen pada posting video tersebut bersetuju dan menyokong apa yang didoakan oleh isteri usahawan berkenaan.

Sejak beberapa tahun lagu, Aliff tidak ketinggalan menghasilkan lagu raya, meskipun kerap kali mendapat kritikan netizen. 

Malah, pada tahun lalu usahawan itu juga pernah dipanggil pihak SKMM berhubung kontroversi muzik video lagu raya yang dihasilkannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button