AntarabangsaHollywood

Pencipta Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia Usia 95 Tahun

Pencipta komik Marvel, Stan Lee dilapor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.

Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya, J.C yang disampaikan menerusi kenyataan daripada wakil peguamnya.

Stan meninggal dunia kerana masalah komplikasi paru-paru. Stan meninggal dunia di samping anaknya. Isterinya, Joan meninggal dunia tahun lalu.

J.C memetik TMZ berkata, “Bapa saya sayang semua peminatnya. Mendiang merupakan lelaki yang sangat baik dan bersopan-santun.”

Stan merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta dan menerbitkan komik popular Marvel seperti Spider-Man, The Fantastic Four, The X-Men, Iron Man, Black Panther dan Ant Man.

Stan juga banyak kali muncul dalam beberapa filem terbitan Marvel Studios sebagai penampilan khas.

Mendiang turut mempunyai perselisihan faham dengan syarikat Marvel sebaik mereka mencipta populariti di Hollywood dengan hasil karya komik-komik ciptaannya.

Pada 2002, Stan telah menyaman syarikat itu susulan royalti yang tidak dibayar kepadanya.

Kes itu selesai lapan tahun kemudian apabila Marvel diarahkan membayar royalti sebanyak US$10 juta (RM42 juta) kepada mendiang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button