HiburanSelebriti

“Pengarah Cakap Tak Perlu Audition…” – Najib Razak Kini Bergelar Pelakon, Rambut Palsu Jadi Perhatian

Setelah pernah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kini bergelar seorang pelakon pula.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri menerusi beberapa perkongsian yang dibuat oleh beliau menerusi akaun Instagram miliknya.

“Saya ….. tukar bidang lah. Pengarah cakap tak perlu audition. Macam best penggambaran 😄. Saya masuk watak dalam drama Tunjang tadi.

“Hmmm boleh tahan juga saya pakai topi ni. Ada macam James Bond zaman dulu-dulu,” kongsi beliau.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu juga menyatakan dia membaca komen-komen daripada orang ramai berkenaan rambut palsu yang dipakainya.

“Baca komen-komen tadi. Suka ye korang tengok rambut saya macam ni. Nasib baik angin tak tiup tadi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button