FilemTerkini

Pengarah Chui Keng Guang Kini Lebar Saya Ke China, Hasilkan Filem Berjudul On Your Mark

Pengarah Malaysia yang cukup disegani ramai, Chiu Keng Guan satu nama yang tidak asing dalam industri filem di Malaysia.

Beliau berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila karya terbaiknya, OlaBola (2016) mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia.

Filem tersebut telah menjadi filem no. 1 Malaysia genre drama tahun 2016 dengan kutipan tertinggi sebanyak RM16.6 juta.

Kejayaan filem yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan kepercayaan dan kebudayaan meletakkan Chiu Keng Guan antara pengarah terbaik Malaysia dan digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’ seperti petikan media South East Asian Globe.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri perfileman serta televisyen, bakat anak seni kelahiran Batu Pahat, Johor ini tidak teragak-agak untuk terus melebarkan sayapnya ke tahap lebih tinggi dengan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa apabila mengarahkan sebuah filem bertajuk On Your Mark di negara China.

Keng Guang berkata, sebagai pengkarya filem dari Malaysia, dia sangat teruja apabila berpeluang dan diberi kepercayaan mempersembahkan hasil karya sentuhan saya kepada penggemar dan penonton filem di China.

“Melalui projek ini, saya juga dapat bekerjasama dan bertukar-tukar idea dengan ramai bakat-bakat kreatif. Saya harap 4abra4ini mampu menyentuh perasaan penonton di samping mengangkat nama Malaysia di persada dunia menerusi perfileman.

“Saya juga tidak sabar untuk mempersembahkan buah tangan terbaru ini kepada peminat dan penonton di Malaysia serta melihat reaksi mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap filem-filem saya sehingga ke hari ini,” ujarnya.

On Your Mark membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.

Ia mengisahkan tentang seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari marathon seperti ibunya. Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.

Namun, Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih diluar padang tanpa pengetahuan ayahnya. Bagi melayakkan diri dalam pertandingan, Xio Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Filem genre drama yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak ini akan mula ditayangkan di negara China bermula 18 Jun ini.

Untuk pasaran di negara tersebut, filem On Your Mark menggunakan tajuk asal iaitu “Qi Pao”, manakala untuk pasaran antarabangsa menggunakan tajuk “The Great Dad”. 

Selain menerima liputan baik dari media di negara tersebut, penonton di sana juga turut berkongsi reaksi sangat positif selepas trailer filem tersebut dilancarkan.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, selaku penerbit, Astro Shaw telah bersama-sama Chiu Keng Guan sejak filem arahan pertamanya lagi pada tahun 2010.

“Apabila Astro Shaw terlibat sekali lagi sebagai salah satu penerbit untuk filem On Your Mark, tentunya kami rasa berbesar hati kerana bakat anak seni tempatan mendapat perhatian antarabangsa.

“Kami akan terus komited dalam menyokong dan mengetengahkan bakat-bakat kreatif tempatan,” jelasnya.

Ujarnya, dia juga berharap agar pencapaian Chiu Keng Guan dapat menjadi pembakar semangat buat pengkarya di luar sana dan membuktikan industri filem tempatan juga mampu mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button