HiburanSelebriti

Pengasas Bawal Exclusive Belanjakan RM3.5 Juta Untuk Majlis Perkahwinan Anak Lelaki

Pengasas kepada jenama tudung terkenal Bawal Exclusive, Haliza Maysuri sanggup berbelanja sehingga RM3.5 juta untuk majlis resepsi perkahwinan anak sulungnya iaitu Zuhairi Syazwan yang berlangsung semalam.

Menariknya, RM500,000 daripada keseluruhan jumlah majlis berkenaan adalah belanja untuk busana dia dan menantunya yang diperagakan.

Menantu Haliza yang dikenali sebagai Sarah tampil dengan busana mewah rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi 189,936 biji batu-batuan Swarozvki yang dibawa khas dari Austria.

Lebih mencuri perhatian, busana mewah itu turut menggabungkan lima jenis batu dan warna Swarovski yang bernilai RM300,000.

Malah, penampilan menantu Haliza diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

Haliza berkata, tiara itu sangat berharga kerana ia merupakan hadiah daripada pihak Swarovski khas buat menantu kesayangannya dan hanya dia memiliki tiara tersebut memandangkan ia bukan untuk dijual.

“Tiara itu direka oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.

“Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.

“Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” katanya.

Tidak ketinggalan juga Haliza pada majlis berkenaan mengenakan busana mewah rekaan pereka Faizuluziaf yang dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas dari Austria bernilai RM170,000.00.

Busana Haliza juga diserikan dengan enam jenis saiz dan bentuk batu Swarovski malah fabriknya pula ditempah khas Eropah.

Malah perekanya telah menggunakan teknik ruching draping untuk menghasilkan cape dress tersebut selain menggabungkan tiga padanan warna dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button