AdvetorialKongsi

Pengasas Bulan Bintang Panggil Netizen Tidak Puas Hati Periksa Sendiri Kualiti Baju Melayu

Pengasas jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi melakukan cabaran ‘berani mati’ apabila menjemput sembilan netizen yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada mereka yang meluahkan ketidakpuasan hati di laman sosial miliknya terhadap kualiti baju Melayu Bulan Bintang pada tahun lalu.

Azzim berkata, kesemua netizen ini diberi peluang memilih kotak secara rawak dan memeriksa sendiri kualiti baju Melayu edisi terbaharu miliknya.

“Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot).

“Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan inspect sendiri.

“Kalau tak buat camni, risau netizen kata aku hanya promote barang-barang yang elok, yg pre selected, yang dah rancang sahaja. Hahaha,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia bersyukur dan gembira apabila dapat menerima maklum balas yang positif daripada mereka yang dapat merasai sendiri kualiti baju Melayu keluaran syarikatnya itu.

Malah, ujarnya ada juga segelintir yang datang itu terus membeli beberapa pasang baju Melayu mereka setelah berpuas hati.

“Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.

“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ni. Ada yang terus beli 2-3 pasang terus.

“Tak sabar rasanya nak bagi korang pegang, belek dan tengok sendiri produk Bulan Bintang yang diberi nafas baru ni. Korang semua boleh datang ke butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia mulai Sabtu ni.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pengasas Bulan Bintang ini cukup matang dan positif dalam menerima kritikan dan berusaha memperbaiki kualiti baju. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button