PopularViral

Pengasas Produk Kecantikan Cik Non Meninggal Dunia, Suami Maklumkan Tidak Akan Buat Live Pengebumian

Pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Cik Non atau pemilik nama sebenar Nor Shahada Aisyah telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Berita kematian tersebut telah dinyatakan sendiri oleh suami arwah menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @sabarituindahtau24434.

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahada Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3:45 pagi tadi.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya,” jelasnya.

Tidak lama dahulu, Cik Non pernah menjadi sebutan ramai pada tahun 2020 kerana masuk ke pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19 sehingga menjadi viral.

Menurut suami arwah, dia tidak akan membuat siaran langsung pengebumian isterinya. Dalam kesempatan itu, dia juga memohon maaf bagi pihak isterinya sekiranya arwah ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang hayatnya.

“Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen yang berkongsi dengan mengatakan kematian arwah berpunca daripada jangkitan kuman yang sudah sampai ke otak hingga menyebabkan arwah kemudian ditidurkan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button