Cerita ArtisHiburan

Peniaga Tidak Vaksin Ditarik Lesen Perniagaan, Rita Rudaini Anggap Ia Satu Tindakan Diskriminasi

Pelakon popular Rita Rudaini berangapan tindakan menarik lesen peniaga yang tidak mengambil vaksin adalah satu bentuk diskriminasi.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Diskriminasi… bukankah masih dalam ujian klinikal? Kena ada paksaan ke atas tubuh orang lain? Dan kalau jadi sesuatu, tanggung sendiri..

“Ambik lesen pun duit pensaga, renew lesen pun duit mereka… paksaan apakah ini? Perut anak bini mereka harus disuap. Kalau macam ni, di manakah hati perut anda wahai manusia?” tulisnya.

Sebelum ini, Rita merupakan antara barisan pelakon yang dilihat menolak untuk pengambilan vaksin Covid-19 sehingga dilabel sebagai anti vaksin oleh segelintir netizen.

Malah, pelakon berkenaan juga beberapa hari lalu memaklumkan namanya telah digugurkan oleh satu produksi untuk berlakon dalam sebuah drama 100 episod kerana tidak mengambil vaksin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button