Cerita ArtisHiburan

Penyair & Pelakon Popular Pyanhabib Meninggal Dunia

Penyair dan pelakon, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh isteri Allahyarham menerusi satu kenyataan di akaun Facebook.

“Assalamualaikum innalillahiwainailaihirojiun… suami saya pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. kembali pada penciptaNya.

“Maaf kan kesalahannya doakan yang baik baik untuk nya,” tulisnya.

Dalam pada itu, berita pemergian berkenaan turut dikongsi oleh Exco Selangor, Mohd Najwan Halimi di media sosialnya.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi.

“Sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepada ALLAH jua kita akan kembali,” katanya.

Pyanhabib dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak dan antara filem lakonan arwah yang paling diingati adalah menerusi watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button