Cerita ArtisHiburan

Penyanyi Siti Sarah Disahkan Meninggal Dunia

Penyanyi popular disahkan telah meninggal dunia pada awal pagi ni.

Perkara berkenaan disahkan oleh pihak Indigital Music sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu,” ujar kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, arwah yang mendapatkan rawatan di HUKM terpaksa ditidurkan apabila tahap oksigennya berada dalam keadaan yang rendah.

Selain itu, arwah juga telah dapat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada Jumaat lalu menerusi satu pembedahan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button