Baru-baru ini, usahawan selebriti popular, Siti Jamumall mengejutkan ramai apabila membuat keputusan drastik apabila membatalkan perkahwinan dengan seorang lelaki dua hari sebelum pernikahan mereka.
Lebih mengejutkan lagi, Siti juga mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Aiman Tak Kisah.
Setelah dua minggu menyepi, akhirnya usahawan berkenaan tampil memberikan kenyataan mengenai perkara berkenaan.
“Saya dan Aiman dah lama bercinta, namun hubungan kami ada pasang surutnya dan kemuncaknya kami putus selepas gaduh-gaduh manja.
“Kemudian saya mengenali seorang lelaki dan kami buat keputusan untuk berkahwin setelah dua minggu berkenalan. Keputusan itu dibuat ketika lelaki berkenaan baru putus tunang dan saya pula tengah frust,” ujarnya.
Ujar Siti, dia kemudiannya bertukar fikiran untuk tidak jadi berkahwin dengan lelaki tersebut dua hari sebelum majlis dan segala persiapan telah dibuat.
Menurutnya, dia juga mengalami kerugian sebanyak RM70,000 apabila majlis perkahwinan dengan lelaki berkenaan dibatalkan.
“Saya kembali menerima Aiman setelah melihat kesungguhan dia memujuk saya, meskipun dia tahu saya dah nak berkahwin.
“Ketika itu saya akui perasaan sayang kepada Aiman terlalu kuat dan setelah membuat solat Istikharah, saya percaya dia adalah jodoh saya,” ujarnya.
Jelas Siti, dia dah Aiman berkahwin di Thailand kerana mahu mempercepatkan proses perkahwinan mereka.
“Kalau kahwin di Malaysia, ia memerlukan masa untuk proses dokumentasi. Jadi saya rasa tiada masalah untuk saya menikah di Thailand sebab boleh,” ujarnya. – KopiPlanet.com