AntarabangsaHollywood

Pereka Fesyen Kate Spade Ditemui Mati Gantung Bunuh Diri

Pengasas dan pereka beg jenama terkenal, Kate Spade ditemui mati tergantung di kediamannya di kota New York, Amerika Syarikat semalam.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca kematiannya yang dipercayai akibat bunuh diir.

Kate, 55, ditemui mati oleh pembantu rumahnya yang mahu memulakan tugasnya di apartmen miliknya.

Kate atau nama sebenarnya, Katherine Noel Brosnahan yang dilahirkan di Missouri merupakan seorang bekas editor aksesori di majalah Mademoiselle sebelum dia dan Andy Spade berkolaborasi menubuhkan syarikat Kate Spade New York pada 1993.

Pasangan itu kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun selepas menubuhkan syarikat bersama.

Jenama itu mula menjual beg tangan sebelum melebarkan sayap dengan menjual seleksi pakaian dan minyak wangi.

Selepas membina nama, pasangan itu kemudiannya nekad menjual jenama mereka pada 2006.

Pada 2016, mereka kemudiannya melancarkan satu jenama fesyen baharu, Frances Valentine yang menjual kasut dan aksesori wanita.

Kate Spade New York menerusi satu kenyataannya menyampaikan takziah di atas kematian pengasas mereka.

“Walaupun Kate sudah tidak lagi menjalankan sebarang urusan dengan Kate Spade sejak lebih sedekad lalu, namun Kate dan suami Andy merupakan pengasas dan pencipta kepada jenama yang disayangi ramai ini. Kate akan terus dirindui,” tulis kenyataan itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button