FilemReview

Perjalanan Pembuktian Cinta Memang Menyentuh Perasaan Penonton, Mainan Emosi Tentang Wanita Berpoligami

Tajuk: PERJALANAN PEMBUKTIAN CINTA
Tarikh Tayangan: 20 JUN 2024
Genre: Drama Islamik
Pengarah: M. Amrul Ummami
Pelakon: Dea Annisa, Teuku Ryan, Muzakki Ramdhan, Donny Damara, Elma Theana

Boleh dikatakan filem-filem yang bercorak Islamik sudah selalu disajikan kepada penonton dengan pelbagai kisah-kisah yang menarik.

Namun, untuk filem Perjalanan Pembuktian Cinta, ternyata ia sebuah cerita yang unik dan tersendiri, terutama sekali ia mengangkat tema tentang berpoligami.

Lebih istimewa lagi, filem ini juga adalah adaptasi sebuah kisah benar tentang seorang hafizah Al-Quran yang merasai sendiri pengalaman dirinya berpoligami dengan terhasilnya sebuah novel dengan judul yang sama.

Secara keseluruhannya, Perjalanan Pembuktian Cinta adalah sebuah naskhah yang sangat menyentuh perasaan penonton, terutama sekali paparan nasib seorang wanita yang dipaksa berkahwin dengan lelaki bergelar suami oleh ayahnya sendiri.

Lakonan Dea Annisa selaku tunjang utama sebagai Fathia juga tidak mengecewakan apabila memegang watak wanita yang menjadi mangsa apabila tidak diendahkan suami sendiri.

Malah, filem ini juga tidak dinafikan memainkan emosi buat penonton wanita, apatah lagi isu mengenai berpoligami ini sememangnya satu perkara yang cukup sensitif.

Bagi penulis sendiri, filem genre drama Islamik dari Indonesia ini adalah naskhah yang wajar untuk ditonton kerana ia sebuah filem yang sangat menarik.

Untuk mereka yang ingin tahu keseluruhan jalan cerita, jangan lupa tonton filem ini di pawagam seluruh negara mulai 20 Jun 2024. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button