Cerita ArtisHiburan

“Perjuangan & Penantian Selama 11 Tahun Saya Berhasil” – Elyana Maklumkan Kanser Limfoma Yang Dihidapinya Sudah Hilang

Penyanyi popular, Elyana mengumumkan berita gembira apabila penyakit kanser limfoma yang dihadapinya selama 11 tahun kini sudah hilang.

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!! 

“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya . Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. I love u Ya Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Elyana memaklumkan bahawa dirinya telah menghidap penyakit tersebut dan sudah menjalani rawatan untuk merawat penyakitnya itu.

Dalam pada itu, rata-rata komen daripada rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan rasa syukur terhadap keadaan terkini penyanyi itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
39
+1
36
+1
2
+1
10
+1
2
+1
7
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button