AntarabangsaKpop

Pernah Cetus Fenomena, Drama Coffee Prince Terbit Dokumentari Reunion

Pernah mencetuskan fenomena K-Drama di seluruh Korea Selatan serta beberapa negara Asia lain termasuk Malaysia, drama Coffee Prince bakal tampil dengan kemunculan semula apabila pihak penerbitannya akan menampilkan dokumentari mengenai pelakon-pelakon siri itu yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Drama yang membariskan pelakon hebat seperti Gong Yoo, Yoon Eun Hye dan Lee Sun Gyun itu pernah ditayangkan pada tahun 2007 mengisahkan mengenai seorang gadis tomboy bekerja di sebuah kafe minuman yang kemudiannya jatuh cinta dengan majikannya.

Menerusi teaser yang dikongsikan untuk dokumentari itu, barisan pelakon tersebut mengunjungi semula kafe yang pernah dijadikan lokasi utama drama tersebut.

Mereka akan berkongsi kisah kejayaan drama tersebut sehingga menjadi kegilaan ramai serta impak populariti drama itu terhadap perkembangan kerjaya mereka dari dahulu sehingga kini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button