Cerita ArtisHiburan

Pernah Ditolak Empat Pelakon Lain, Farid Kamil Ambil Risiko Berlakon Filem Anwar The Untold Story

Pelakon popular, Farid Kamil mengakui dia terpaksa mengambil risiko apabila bersetuju untuk membawakan watak sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar The Untold Story.

Farid berkata, dia merupakan pilihan kelima penerbit untuk watak berkenaan setelah ditolak empat orang pelakon sebelum ini.

“Pelakon lain tak ada keberanian untuk mengambil risiko yang besar bakal dihadapi sekiranya Anwar tidak menjadi PM. Filem ini siap, mereka akan kena ‘banned’.

“Itulah risiko yang saya ambil, saya tawakkal. Sebaliknya, saya membuat kajian secara detail segala maklumat yang ingin disampaikan secara tak langsung, saya dapat ada banyak kebenaran dalam satu cerita,” ujarnya.

Selain Farid, filem berkenaan turut dibintangi pelakon Indonesia, Acha Septriasa yang membawakan watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahahir).

Dalam pada itu, Farid menyatakan ketika mendapat tawaran berlakon filem berkenaan, dia terpaksa berfikir panjang sama ada mampu membawakan watak berkenaan atau sebaliknya.

“Sebelum menjalani penggambaran, pertemuan dengan Perdana Menteri (PM) sahaja tidak cukup, disusuli dengan pertemuan yang seterusnya…  Akhirnya, saya baru mempunyai sikit keyakinan untuk terbang ke Indonesia bagi menjayakan watak tersebut.

“Hati kecil ni cakap macam mana pun filem ni jadi, Anwar Ibrahim mesti jadi PM. Kalau tak filem ini tak dapat dijalankan. Ini adalah doa saya yang tak putus-putus,” katanya.

Filem Anwar The Untold Story arahan Viva Westi itu akan dijangka akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mei ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button