Cerita ArtisHiburan

“Pernah Dulu Arwah Ayah Tanya.. Abg Emy Bila Nak Pegang Trofi FFM?” – Impian Remy Ishak Kini Jadi Kenyataan

Setelah tiga kali tercalon dalam Festival Filem Malaysia (FFM), penantian Remy Ishak kini berakhir setelah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar dalam acara FFM 31 yang berlangsung pada malam tadi.

Menerusi satu posting di akaun Instagram, pelakon berkenaan turut berkongsi tentang pertanyaan arwah ayahnya serta cabaran ketika berlakon dalam filem berkenaan.

“Pernah dulu arwah ayah tanya… ‘Abg emy bila nak pegang trofi FFM?’ Bukan kerja senang…

“Lepas jari kaki patah training BJJ dgn choreographer, lepas seksa mental & fizikal untuk naikkan berat badan dari 78 kg ke 90 kg dalam masa sebulan, lepas training fights siang malam, lepas fight on scenes dengan jari kaki yang patah tapi berlakon mcm takde apa-apa yang berlaku dan lepas ayah pergi tinggalkan dunia,” kongsinya yang kehilangan ayah tercinta, Ishak Idris pada Disember 2019.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 31, Remy turut bersaing dengan empat orang pelakon lain iaitu Frederick Lee (Fly By Night), Dain Said (Wira), Din Tamam (Suatu Ketika) dan Harith Haziq (Roh).

Sebelum ini, Remy pernah tiga kali tercalon dalam FFM iaitu Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Evolusi KL Drift 2 – FFM 23), Pelakon Lelaki Terbaik (Nur Kasih The Movie – FFM 24) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Pulang – FFM 30).

Mengulas mengenai kejayaan yang diraih, Remy mengakui dia sentiasa bekerja keras untuk berikan yang terbaik sepanjang 15 tahun bergelar anak seni.

“Sepanjang bergelar pelakon, saya cuba membawa pelbagai watak serta akan melakukan yang terbaik. Ternyata kejayaan ini adalah hasil usaha keras yang dilakukan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button