Cerita ArtisHiburan

Pernah Tinggal RM10 Ketika Berhijrah Ke Kuala Lumpur, Danial Kifli Kini Bangga Dapat Bantu Keluarga

Penyanyi yang sedang meningkat, Danial Kifli mengakui pernah melalui tempoh sukar apabila cuma memiliki RM10 ketika berhijrah ke Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Muar, Johor yang juga seorang influencer itu berkata, pada masa itu dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk melebarkan kariernya sebagai penyanyi.

“Ketika itu karier nyanyian saya baru nak bermula dan masih aktif sebagai seorang influencer. Jadi, pendapatan saya kebanyakkannya kepada tawaran untuk iklan di media sosial.

“Pernah suatu ketika dalam beberapa bulan saya tak ada dapat sebarang tawaran iklan sehinggakan dalam poket saya tinggal RM10 sahaja untuk makan dan minum. Saya bernasib baik apabila tempat tinggal disediakan oleh syarikat rakaman,” ujarnya.

Bernaung di bawah label Awal Music Entertainment, Danial berkata dia kini berasa lega apabila karier nyanyiannya kini sudah mula membuahkan hasil.

Ujarnya, dengan menyertai beberapa pertandingan realiti tv seperti All Together Now dan I Can See Your Voice Malaysia Ke-6, ia sedikit sebanyak melonjakkan namanya dalam dunia nyanyian tanah air.

“Saya sendiri tidak sangka apabila single kedua iaitu Pergilah Cinta yang saya hasilkan sendiri bersama Knight Cydeen mendapat sambutan baik sehingga ditonton sebanyak lima juta kali di YouTube sejak dimuat naik tiga bulan lalu.

“Mengenangkan cabaran yang terpaksa ditempuhi dahulu, sekarang saya gembira dan berterima kasih dengan sokongan peminat. Malah, saya juga bangga kerana dapat membantu keluarga,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button