Cerita ArtisHiburan

Persembahan Teruk Dikecam, Nuha Akui Perasan Gementar Makan Diri

Sabtu lalu, nama peserta program terbaharu TV3, Vokal Mania, Nuha Bahrin menjadi tular gara-gara nyanyiannya yang dikatakan kurang memuaskan oleh netizen.

Walaupun menerima pelbagai kecaman namun Nuha telah berjaya mengondol gelaran Rookie of The Week yang diberikan kepada penyanyi amatur terbaik pada minggu lalu yang mana diadili menerusi 70 peratus undian awam dan selebihnya oleh dua juri tetap, Yusry Abdul Halim dan Misha Omar.

Mendendangkan lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah, video nyanyian Nuha yang dikatakan sedikit terkucil pantas meraih perhatian warga net lebih-lebih lagi di kalangan pelayar Twitter.

Mengetahui dirinya hangat diperkatakan, Nuha menulis di laman Twitternya, “Salam semua, saya sedar persembahan saya teruk pada malam itu. Saya membiarkan perasaan gemuruh mengawal saya pada ketika itu. Kepada semua yang dah beri nasihat kepada saya. Terima kasih semua dan kalau boleh anda doakan saya untuk buat lebih baik selepas ini.”

Vokal Mania menampilkan 24 penyanyi amatur (rookie) yang akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (idol) yang terdiri daripada Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo.

Setiap persembahan mereka diadili oleh Yusry dan Misha. Rancangan ini dihoskan oleh Datuk Ac Mizal dan Azira Shafinaz. Ia disiarkan secara langsung menerusi TV3, setiap hari Sabtu, jam 9 malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button