Cerita ArtisHiburan

“Poligami Itu Indah Jika Dilakukan Secara Adil” – Fasha Sandha

Setelah terlibat menjayakan drama bersiri Syurga Yang Kedua, ia telah membuka mata pelakon Fasha Sandha mengenai isu poligami.

Menurut aktres berkenaan, semua orang berhak untuk bahagia dan poligami adalah suatu perkara yang indah sekiranya ia dilakukan secara adil dan saksama.

“Drama ini bukan bertujuan nak mengangkat poligami, tetapi kita sendiri tahu Islam tidak mengharamkannya. Poligami itu indah jika ia dilakukan secara adil dan betul.

“Kalau tidak, takkan Allah benarkan lelaki untuk berpoligami. Bagi saya, kalau benda itu dibenarkan ia mesti ada sebab. Tak tahulahlah macam mana kan sebab tak jadi pada saya. Ini cuma pendapat saya sahaja,” kata Fasha.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis santai tayangan episod terakhir drama Syurga Yang Kedua di The Podium, Damansara semalam anjuran bersama oleh kelab peminat Fasha dan Elizad Sharifuddin.

Dalam drama itu, Fasha melakonkan watak Vivy yang merupakan isteri kedua kepada Daniel yang dilakonkan oleh Zarul Husin. Elizad pula memainkan watak sebagai isteri pertama Daniel, Sabrina menerusi drama rantaian 70 episod itu.

Syurga Yang Kedua turut dibintangi Azizah Mahzan, Datuk Jalaluddin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Beego dan Zarynn Min. Ia ditayangkan di saluran Astro Prima (105) menerusi slot Tiara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button