Cerita ArtisHiburan

Polis Akan Panggil Keluarga Selebriti Didakwa Langgar SOP Setelah Melakukan Ziarah Hari Raya

Pihak polis akan memanggil keluarga selebriti yang tular hari ini kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu melakukan ziarah hari raya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, satu laporan polis juga telah diterima berkaitan isu tersebut yang disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kita telah mengesan satu gambar keluarga selebriti yang tular di media sosial dan portal berita. Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung.

“Kejadian disyaki berlangsung di kediaman selebriti yang terletak di Hulu Kelang, Ampang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, terdapat lebih kurang 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Jelasnya, majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN iaitu program ziarah hari raya memandangkan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Kes masih dalam siasatan dan kita akan memanggil semua terlibat untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan. – KopiPlanet.com

***Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
5
+1
0
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button