Cerita ArtisHiburan

Polis Akan Panggil Neelofa & PU Riz, Bantu Siasatan Dakwaan Langgar SOP Ketika Di Langkawi

Polis akan memanggil usahawan dan pengacara Neelofa serta suaminya, PU Riz untuk direkod keterangan dalan membantu siasatan berhubung dakwaan aktiviti pasangan pengantin baharu di Langkawi yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu didapati melanggar SOP berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial.

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin. – KopiPlanet.com

Kredit Artikel: Harian Metro

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button