Cerita ArtisHiburan

Polis Beri Amaran Tindakan Boleh Dikenakan Kepada Sesiapa Sebar Atau Buat Kenyataan Fitnah Berkenaan Isu Caprice & Ebit Lew

Polis memberi akan untuk mengenakan tindakan kepada sesiapa yang menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah berkenaan dengan isu Caprice dan Ustaz Ebit Lew.

Itu yang ditegaskan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkenaan dengan isu tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut Abd Jalil, beberapa hari ini media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan seorang penyanyi rap, Caprice yang mempersoalkan tindakan Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

“Setakat ini tiada laporan diterima dan tiada kertas siasatan dibuka mengenai perkara ini.

“Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah dan mengaibkan seseorang,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu adalah satu keselahan jenayah dan boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan; Seksyen 504 Kanun Keseksaan; Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button