
Polis Bingung Nak Letak Lucinta Dalam Lokap Lelaki Atau Wanita
Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan penahanan penyanyi dangdut, Lucinta Luna dipercayai atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis kokain.
Walau bagaimanapun, pihak polis dikatakan bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender itu di lokap lelaki atau wanita sebaik proses siasatan terhadapnya selesai kelak.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun berkata, “Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahahan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan).”
Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah, 30, ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat pada jam 1.30 pagi tadi.
Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri dan pihak polis turut menemukan beberapa pil ekstasi di apartmennya.
Lucinta sebelum ini pernah merakamkan lagu bersama jutawan kosmetik dari Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu Bobo Di Mana. – KopiPlanet.com