Cerita ArtisHiburan

Polis Perlis Siasat Kes Seorang Pegawai Bernikah Dengan Serina Redzuawan Tanpa Kebenaran Isteri Pertama

Isu seorang pegawai polis yang bernikah dengan anak perempuan chef selebriti popular, Serina Redzuawan tanpa mendapat restu daripada isteri pertama kini berada dalam siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah menyerahkan siasatan itu sepenuhnya kepada JIPS IPK Perlis, selepas isteri pertama yang bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa membuat laporan kepada JIPS IPK Perak mengenai pernikahan berkenaan.

“Pada mulanya memang dia (pegawai polis) itu bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan telah bertukar sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis pada 2019. 

“Saya difahamkan perkahwinan dia berdaftar secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) di Perlis, jadi lazimnya kalau (perkahwinan) tidak minta kebenaran, JIPS akan kenakan tindakan tatatertib.

“Jadi, (tindakan) itu bergantung kepada siasatan dijalankan. Saya tidak mahu komen lebih pasal isu ini kerana siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis,” katanya.

Beliau diminta mengulas laporan yang dibuat seorang wanita Nur Hamizah Shaffee, 34, kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu, berhubung pernikahan suaminya Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin, 35, dengan pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, yang juga merupakan anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Dalam aduannya pada 18 Feb lalu, Nur Hamizah  dimaklumkan oleh Meor Mohammad Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina, yang berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama. 

Bagaimanapun, Nur Hamizah berkata beliau telah diceraikan Meor Mohammad Aidid pada 9 Mac lalu di mana pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata. – KopiPlanet.com

Kredit Foto & Artikel: Bernama

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
3
+1
1
+1
8
+1
8
+1
10
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button