HiburanSelebriti

Polis Sahkan Kes Pengurus Media Sosial Noor Kartini Menghina Sultan Johor Melalui Insta Story Masih Dalam Siasatan

Pihak polis mengesahkan bahawa kes menghina Sultan Johor melalui Insta Story oleh individu yang merupakan Pengurus Media Sosial Noor Kartini yang menjadi viral semalam kini masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfilekds, ACP Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat semalam pada pukul 5.44 petang berhubung perkara berkenaan.

“Penyiasatan awal pihak polis mendapati suspek yang merupakan perempuan berbangsa Melayu berumur 32 tahun mengaku tersilap menggunakan Instagram milik pengadu dengan membuat posting di Insta Story milik pengadu.

“Kes ini masih dalam penyiasatan pihak polis kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat atau berita di media sosial hingga menjejaskan reputasi dan hak asasi mana-mana orang.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button