Cerita ArtisHiburan

Posting Terbaharu Engku Emran Kuatkan Lagi Spekulasi Tentang Dikaitkan Hubungan Cinta Dengan Noor Nabila

Baru-baru ini, bekas suami kepada Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.

Ia berikutan tersebarnya gambar Engku Emran yang menghadiri ceramah dan menikmati hidangan di rumah Noor Nabila.

Selain itu, kedua-duanya juga dilihat kerap melakukan aktiviti berbasikal beramai-ramai.

Sama ada Engku Emran dan Noor Nabila, masing-masing dilihat tidak memberikan sebarang kenyataan mengenainya.

Bagaimanapun, satu posting yang dimuat naik oleh Engku Emran, ia ternyata seperti menguatkan lagi spekulasi berkenaan.

Menerusi posting tersebut, Engku Emran memuat naik sekeping gambar radio dalam kereta yang turut kelihatan wajah seorang wanita.

Meskipun tidak terlalu jelas, namun wajah wanita tersebut memang kelihatan wajah Noor Nabila.

“Choppy until you came along,” tulisnya ringkas.

Malah, turut tertera tajuk lagu di radio kereta berkenaan iaitu By Your Side nyanyian Sade.

Apa yang lebih menarik perhatian, Engku Emran turut menutup ruangan komen di posting berkenaan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Engku Emran (@narmeukgne)

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button