PopularViral

Prasarana Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak RM1,000 Kepada Mangsa Kemalangan LRT

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memberikan bantuan khas RM1,000 dan bantuan sokongan lain kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC di sini, malam tadi.

Menerusi laporan Bernama, Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, beliau telah berbincang dengan pengurusan tertinggi syarikat mengenai perkara itu.

Ujar beliau, seramai 213 penumpang terlibat dalam insiden tersebut dengan 64 daripadanya dikejarkan ke hospital, sementara enam daripadanya sangat kritikal termasuk tiga mangsa memerlukan bantuan pernafasan.

“Kita telah buat keputusan, Prasarana akan keluarkan bantuan khas kepada semua 213 penumpang ini, kita akan membantu dengan memberikan sebanyak RM1,000 setiap orang, tanpa mengira keadaan mereka sama ada serius atau tidak.

“Selain itu, kita akan beri bantuan khas kepada mangsa yang dimasukkan ke hospital, kos perubatan, rawatan sejak mula masuk sehinggalah pulih semula. Insya-Allah kita akan beri mereka bantuan perubatan,” katanya.

Dalam laporan media semalam, kejadian yang berlaku pada 8.45 malam itu, menyebabkan 47 penumpang parah manakala 166 lagi cedera ringan.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memberikan bantuan khas RM1,000 dan bantuan sokongan lain kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC di sini, malam tadi.

Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau telah berbincang dengan pengurusan tertinggi syarikat mengenai perkara itu.

Beliau berkata seramai 213 penumpang terlibat dalam insiden tersebut dengan 64 daripadanya dikejarkan ke hospital, sementara enam daripadanya sangat kritikal termasuk tiga mangsa memerlukan bantuan pernafasan.

“Kita telah buat keputusan, Prasarana akan keluarkan bantuan khas kepada semua 213 penumpang ini, kita akan membantu dengan memberikan sebanyak RM1,000 setiap orang, tanpa mengira keadaan mereka sama ada serius atau tidak.

“Selain itu, kita akan beri bantuan khas kepada mangsa yang dimasukkan ke hospital, kos perubatan, rawatan sejak mula masuk sehinggalah pulih semula. Insya-Allah kita akan beri mereka bantuan perubatan,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi insiden tersebut di sini, hari ini.

Dalam laporan media semalam, kejadian yang berlaku pada 8.45 malam itu, menyebabkan 47 penumpang parah manakala 166 lagi cedera ringan.

Sementara itu, Prasarana dalam kenyataan memaklumkan syarikat itu telah melancarkan saluran khas di talian 014-7371330 dan e-mel recovery2021@prasarana.com.my dan meminta penumpang terlibat menghubungi Prasarana secepat mungkin supaya urusan bantuan khas berkenaan boleh disegerakan.

Pada masa sama, syarikat juga memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak bersama-sama pasukan dan agensi di bawah kementerian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button