FilemTerkini

Prebet Sapu Terpilih Mewakili Malaysia Untuk Oscar 2022 Bagi Kategori Best International Feature

‘PREBET SAPU’, merupakan filem yang dicalonkan FINAS untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi atau OSCARS 2022 untuk kategori Best International Feature.

Prebet Sapu merupakan filem Muzzamer Rahman, yang diterbitkan oleh Le Mediator Studio, Kristal Azmir & Konda Kondi Studios.Filem ini juga dihasilkan oleh generasi baru dan juga lepasan sekolah filem di FITA,UiTM dan ASWARA. Prebet Sapu diedarkan oleh TGV Pictures & dipromosikan oleh rakan pemasaran Horizon Film Entertainment.

Prebet Sapu atau tajuk inggeris Hail,Driver! telah ditayangkan di beberapa filem festival seperti 15th Jogja-Netpac Asian Film Festival Indonesia , Far East Film Festival Udine Italy 2021, Asian Film Festival 2021 Barcelona, 25th Toronto Reel Asian Internationa Film Festival Canada , 4th Innovative International Film Festival, Bangalore.Filem hitam putih ini juga menjadi filem Malaysia pertama ditayangkan di Smithsonian’s Museum, sebuah muzium berprestij di Amerika Syarikat.

Prebet Sapu mengisahkan tentang Aman (Amerul Affendi) yang menganggur selepas kematian bapanya, kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan e-hailing haram.Selepas dihalau keluar dari bilik sewa, Aman kemudian berjumpa dengan Bella (Lim Mei Fen) yang menawarkannya tempat tinggal.

Prebet Sapu merupakan filem pertama Amerul Affendi dan Lim Mei Fen sebagai watak utama.Prebet Sapu juga menampilkan penampilan istimewa Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Roslan Maadun, Chew Kin Wah, Megat Shahrizal, Jay Iswazir , Anas Ridzuan.

Prebet Sapu arahan Muzzamer Rahman merupakan filem Malaysia tentang kehidupan seharian Rakyat Malaysia di kota Kuala Lumpur.Filem ini telah mendapat perhatian dan maklumbalas positif dari penonton dan pengkritik filem dalam dan luar negara. Prebet Sapu akan ‘memandu’ di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 DISEMBER 2021.Semoga Prebet Sapu mampu memberikan sesuatu yang baru dan segar kepada penonton Malaysia.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button